Tuesday, 6 August 2013

✽ Seorang Muslimah ✽

Muslimah itu ibarat bunga, cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara. Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah muslimah yang mulia akhlaknya.


Seorang Muslimah itu

Yang lembut itu fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati… Tulus wajahnya, setulus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya.

Seorang Muslimah itu

Hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi… cinta untuk dirasa… Namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia … Dia boleh kuat, boleh menjadi tabah, boleh ampuh menyokong pahlawan-pahlawan dunia… begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah

Seorang Muslimah itu

Teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini… dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap nikmatNya

Seorang Muslimah itu

Boleh seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman Rasul, pengubat duka & laranya… bijaksana, menyimpan i­lmu, si teman bicara, dialah Ãishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah

Seorang Muslimah itu

Boleh setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cercaan manusia, namun sucinya ALLah memuji… Seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah… kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahaya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda… dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syahid menyahut panggilan Allah.

Seorang Muslimah itu

Perlu ada yang membela, agar mereka terdidik jiwa, agar mereka terpelihara… dengan mengenali Rabbnya, dengan cinta Rasulnya… dengan yakin Deennya, dengan teguh aqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . Pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya

Seorang Muslimah itu

Melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan

Seorang Muslimah itu

Yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari… Dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak boleh terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya… kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini… perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama… dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, nikmat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan. Seorang gadis itu, anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang Muslimah itu

Tinggallah di dunia, sebagai mujahidah, pejuang ummah… anak ummi & ayah, muslimah yang solehah… kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & marifatullah

Seorang Muslimah itu

Moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan… Seorang muslimah itu dalam kebahagiaan! Moga Al – Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang muslimah itu  menuju cintaNYA yang ABADI..

Sumber: http://akuislam.com

✽ Rabitah Hati ✽

Bismillahirahmanirahim.. Allahumma solli’ala Muhammad.. Singgah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah.. Hari Rabu, bersamaan 29 Ramadhan 1434 H..

Hampir sebulan setengah di rumah.. Hati mula merasa rindu.. Rindu pada hati-hati yang sama-sama tertaut pada jalan Allah.. Sahabat-sahabat di bumi murobbi..

Hari-hari yang dilalui terasa kosong, tak terisi. Teramat rindu pada biah solehah di sana. Pada taman-taman syurga yang subur. Pada majlis ilmu yang tak sunyi di Masjid UKM.

Insya-Allah, Ramadhan tahun ni, sebulan di rumah. Teringat pada Ramadhan yang lepas. Manisnya masih terasa. Berterawih dan bertadarus

Tersangat rindu untuk ziarah sahabat-sahabat yang ada di merata tempat. Andai ada kesempatan, pasti satu per satu teratak sahabat akan di singgah.

Antara negeri yang tersangat rindu untuk dijengah ialah Kelantan. Kenapa 2 negeri tu??? Biarlah rahsia..^_^

Satu per satu folder album ana buka. Insya-Allah, mengenang saat bersama sahabat-sahabat. Biarpun rindu ni masih tak dapat di ubati, tapi moga-moga kenangan lalu tetap segar dalam ingatan. Tersenyum seorang diri. Semuanya cukup indah untuk dikenang. Video-video tak jemu-jemu ana tengok.

Jari jemari ni pun terasa ringan. Mesej mutiara kata di sent pada insan-insan yang terlintas dalam fikiran. Teringat pada insan jauh. Hanya doa mampu di kirim. Yakin, di saat penjagaan ana tak mungkin ada buatnya, Allah sudah pun mengawasinya se sempurna mungkin.

Insyaallah, sepanjang cuti ni beberapa buah masjid bakal didirikan. Subhanallah. Tumpang gembira atas kebahagiaan sahabat. Semoga baitul muslim yang di bina kekal hingga ke syurga Allah. Insyaallah. Mana yang mampu, insya-Allah ana akan memenuhi walimah. Mana yang jauh, hanya doa buat kalian.

~Barakallahulakuma wajamaa bainakuma fi khair ~

Insya-Allah, merancang sesuatu untuk dilaksanakan dalam cuti ni. Moga-moga ada kekuatan untuk menzahirkan. Semoga cuti  ni membawa sesuatu yang bermanfaat buat diri dan mereka di luar sana.

Kalau cuti-cuti semester yang lepas, ana kerja di PASTI..Cuti kali ni pula ana berada di tempat praktikal yang mana ana akan berhadapan dengan bermacam-macam ragam manusia..Tapi tidak mengapa, pengalaman di tempat praktikal ana ni lah yang banyak memberikan manfaat kepada diri ana untuk masa kini & juga masa hadapan kelak..^_~

Kita merancang, Allah juga merancang. Tapi Allah la sebaik-baik perancang. Biiznillah.


Ya Allah..
Engkau mengetahui hati-hati ini
Telah berkumpul kerana mengasihi Mu..
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu..
Bersatu memikul beban dakwah Mu..
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
Untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu..
Maka eratkan lah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Penuhkan piala hati ini dengan cahaya Rabbani Mu
Yang tak pernah padam..
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman,
Keyakinan dan keindahan tawakal kepada Mu..