Bismillahirahmanirahim..
Allahumma solli’ala Muhammad.. Singgah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah.. Hari Rabu, bersamaan 29 Ramadhan 1434 H..
Hampir sebulan setengah di
rumah.. Hati mula merasa rindu.. Rindu pada hati-hati yang sama-sama tertaut pada jalan
Allah.. Sahabat-sahabat di bumi murobbi..
Hari-hari yang
dilalui terasa kosong, tak terisi. Teramat rindu pada biah solehah di sana.
Pada taman-taman syurga yang subur. Pada majlis ilmu yang tak sunyi di Masjid
UKM.
Insya-Allah, Ramadhan
tahun ni, sebulan di rumah. Teringat pada Ramadhan yang lepas. Manisnya masih
terasa. Berterawih dan bertadarus
Tersangat rindu untuk
ziarah sahabat-sahabat yang ada di merata tempat. Andai ada kesempatan, pasti
satu per satu teratak sahabat akan di singgah.
Antara negeri yang
tersangat rindu untuk dijengah ialah Kelantan. Kenapa 2 negeri tu??? Biarlah
rahsia..^_^
Satu per satu folder
album ana buka. Insya-Allah, mengenang saat bersama sahabat-sahabat. Biarpun
rindu ni masih tak dapat di ubati, tapi moga-moga kenangan lalu tetap segar
dalam ingatan. Tersenyum seorang diri. Semuanya cukup indah untuk dikenang.
Video-video tak jemu-jemu ana tengok.
Jari jemari ni pun
terasa ringan. Mesej mutiara kata di sent pada insan-insan yang
terlintas dalam fikiran. Teringat pada insan jauh. Hanya doa mampu di kirim.
Yakin, di saat penjagaan ana tak mungkin ada buatnya, Allah sudah pun
mengawasinya se sempurna mungkin.
Insyaallah, sepanjang
cuti ni beberapa buah masjid bakal didirikan. Subhanallah. Tumpang gembira atas
kebahagiaan sahabat. Semoga baitul muslim yang di bina kekal hingga ke syurga
Allah. Insyaallah. Mana yang mampu, insya-Allah ana akan memenuhi walimah. Mana
yang jauh, hanya doa buat kalian.
~Barakallahulakuma
wajamaa bainakuma fi khair ~
Insya-Allah,
merancang sesuatu untuk dilaksanakan dalam cuti ni. Moga-moga ada kekuatan
untuk menzahirkan. Semoga cuti ni
membawa sesuatu yang bermanfaat buat diri dan mereka di luar sana.
Kalau cuti-cuti
semester yang lepas, ana kerja di PASTI..Cuti kali ni pula ana berada di tempat
praktikal yang mana ana akan berhadapan dengan bermacam-macam ragam
manusia..Tapi tidak mengapa, pengalaman di tempat praktikal ana ni lah yang
banyak memberikan manfaat kepada diri ana untuk masa kini & juga masa
hadapan kelak..^_~
Kita merancang, Allah
juga merancang. Tapi Allah la sebaik-baik perancang. Biiznillah.
Ya Allah..
Engkau mengetahui
hati-hati ini
Telah berkumpul
kerana mengasihi Mu..
Bertemu untuk
mematuhi perintah Mu..
Bersatu memikul
beban dakwah Mu..
Hati-hati ini
telah mengikat janji setia
Untuk mendaulat
dan menyokong syariat Mu..
Maka eratkan lah akan
ikatannya.
Kekalkan kemesraan
antara hati-hati ini
Penuhkan piala
hati ini dengan cahaya Rabbani Mu
Yang tak pernah
padam..
Lapangkan
hati-hati ini dengan limpahan iman,
Keyakinan dan
keindahan tawakal kepada Mu..
No comments:
Post a Comment